Pages

Wednesday 14 November 2012

PEMBENTUKAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


 PENGENALAN
       Dibentuk bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas.
       Satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan murid dan bagaimana keperluan itu dipenuhi.
       Dibentuk oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa.
       Mengandungi matlamat dan objektif, berdasarkan pencapaian sedia ada murid. Juga tarikh RPI dibina, jangkamasa yang diambil dan corak penilaian.
CIRI-CIRI RPI
       Komprehensif
    - Merangkumi ketidakupayaan murid, termasuk    aspek komunikasi,
       tingkah laku, sosial pengurusan diri, akademik dan sebagainya.
       Spesifik
    - Matlamat dan Objektif RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang
       dapat diperhati dan diukur.
       Realistik dan sesuai
                  - Matlamat dan objektif yang dinyatakan juga sesuai 
                    dengan tahap dan pengetahuan sedia ada murid.
       Difahami
                  - Menggunakan bahasa yang mudah difahami.
       Dipersetujui
                  - Penyediaan borang persetujuan pembinaan RPI
                    antara guru dan ibu bapa.  Ditandatangani oleh ibu bapa.
PEMBENTUKAN RPI
       Dibentuk kepada setiap murid pendidikan khas dalam tempoh 30 hari atau satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidak upayaannya.
       Dibentuk sebelum murid mendapat penempatan sebenar @ sebelum murid diberi apa-apa perkhidmatan.
       Semua RPI mesti disemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali tetapi boleh disemak dari semasa ke semasa apabila berlaku perubahan.
       Perlu ada jawatankuasa RPI
        -  Jawatankuasa RPI terdiri daripada  :
           1.  Pengetua/Guru besar
           2.  GPK / Penyelaras
           3.  Guru MPV-Khas
           4.  Ibu bapa
        -  Bermesyuarat sebelum laksanakan RPI. 
CONTOH RPI


No comments:

Post a Comment