Wednesday, 14 November 2012
PEMBENTUKAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
PENGENALAN
• Dibentuk
bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas.
• Satu
perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan murid
dan bagaimana keperluan itu dipenuhi.
• Dibentuk
oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada pentadbir sekolah, guru dan ibu
bapa.
• Mengandungi
matlamat dan objektif, berdasarkan pencapaian sedia ada murid. Juga tarikh RPI
dibina, jangkamasa yang diambil dan corak penilaian.
CIRI-CIRI
RPI
• Komprehensif
- Merangkumi ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi,
tingkah laku, sosial pengurusan diri, akademik dan sebagainya.
• Spesifik
- Matlamat dan Objektif RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang
dapat diperhati dan diukur.
• Realistik
dan sesuai
- Matlamat dan objektif yang dinyatakan juga
sesuai
dengan tahap dan pengetahuan sedia ada murid.
• Difahami
- Menggunakan bahasa yang mudah difahami.
• Dipersetujui
- Penyediaan borang persetujuan pembinaan RPI
antara guru dan ibu bapa. Ditandatangani oleh ibu bapa.
PEMBENTUKAN RPI
• Dibentuk
kepada setiap murid pendidikan khas dalam tempoh 30 hari atau satu bulan dari
tarikh murid itu ditentukan ketidak upayaannya.
• Dibentuk
sebelum murid mendapat penempatan sebenar @ sebelum murid diberi apa-apa
perkhidmatan.
• Semua
RPI mesti disemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali tetapi boleh
disemak dari semasa ke semasa apabila berlaku perubahan.
• Perlu
ada jawatankuasa RPI
- Jawatankuasa RPI terdiri
daripada :
1.
Pengetua/Guru besar
2.
GPK / Penyelaras
3.
Guru MPV-Khas
4.
Ibu bapa
- Bermesyuarat sebelum laksanakan
RPI.
CONTOH RPI
CONTOH RPI
Tuesday, 13 November 2012
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SBT SK SERI BIRAM
Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PKI)SK Seri Biram dibuka pada tahun 1995.
Murid-murid yang terlibat terdiri daripada mereka yang telah dikenalpasti oleh pengamal perubatan sebagai mengalami kesukaran yang boleh mengganggu proses pembelajaran. Peringkat umur untuk murid sekolah rendah PKI adalah antara 7 hingga 14 tahun manakala Pra PKI , 5 hingga 6 tahun.
Siapakah Yang Perlukan Pendidikan Khas?
1. Bermasalah Pendengaran
Perkembangan pertuturan & bahasa terganggu / lambat kalau pendengaran tidak jelas / separuh pekak
Ciri-ciri: -- kurang beri perhatian
-- susah ikut peraturan
-- selalu berkhayal
-- perlukan bantuan daripada kawan
-- kurang libatkan diri dalam perbincangan
-- cara percakapan janggal
-- ada masalah kesihatan
2. Bermasalah Penglihatan (buta/ separuh buta)
Belajar melalui sentuhan, pendengaran, hidu & rasa (buta)
Cermin mata & teks tulisan besar (separuh buta)
Jenis-jenis Masalah Penglihatan:
-Astigmatisme (rabun)
-Strabismus (juling)
-Amblipia (mata malas)
-Diplopia ( nampak dua)
-Glaucoma (tekanan biji mata rosakkan saraf mata)
-Albinisme (sensitif kpd cahaya)
-Miopia (rabun jauh)
-Hyperopia (rabun dekat)
3. Bermasalah Pembelajaran
Sahkan oleh pakar klinikal
Mengesan – kekerapan gagal banding dgn kekerapan berjaya
Cara beri sebab / alasan, cara terangkan sesuatu, gerak geri, kebersihan diri
Kump yang bermasalah pembelajaran:
a)Lembam - lambat terima pelajaran & sukar sesuaikan diri dengan sekolah biasa
b)Sindrom down (IQ 30-80)
c)Hipoaktif (pasif dan amat takut pada orang, tidak suka berinteraksi, tiada
tindakan kepada persekitaran)
d)Hiperaktif
e)Gangguan emosi & masalah tingkah laku – penarikan diri, neurotik, autistik,
szizofrenik
f)Cerebral palsy – spastik, atitosis (pergerakan pada bahu, muka, kaki dan tangan
tidak boleh dikawal, pertuturan susah dan tidak jelas, masalah kawal air liur;
ataksia(sulit kawal imbangan badan, pergerakan kekok, pertuturan dan pendengaran
kurang jelas)
g)Kecacatan yang pelbagai (multiple handicapped) – buta dan bisu, buta dan pekak
h)Terencat akal (ringan dan berat):
*ringan (50 – 70)
*sederhana ( 35 – 49)
*teruk (20 -34)
*amat teruk ( kurang 20)
-Kerencatan akal ringan terdiri drp:
*idiot – tidak dapat lindungi diri dari bahaya fizikal seperti mencederakan diri,
tidak berupaya makan, duduk, berdiri atau berjalan sendiri
*imbersil – tidak dapat mengurus diri, tetapi boleh dilatih
*moron – perkembangan mental 23% drp kadar biasa, perlukan jagaan, kawalan & tunjuk
ajar khas
-Terencat akal berat - sukar makan, selalu muntah,Suka menyendiri & pendiam
Sukar dikawal – gigit sesuatu dlm mulut & tidak mahu dikeluarkan
Sukar bernafas, air liur meleleh, sukar tidur, selalu menangis, sukar bercakap,
sukar difahami orang lain, sensitif pada cahaya, tidur berlebihan
i)Autistik - kelakuan macam org pekak, berada dlm dunia sendiri
Masalah Pertuturan – pertuturan tidak sempurna dari segi bunyi, penguasaan bahasa
atau gangguan semasa bertutur, Epilepsi / sawan – hilang ingatan utk sementara
waktu, cepat lupa, suka mengulangi soalan
Tidak dpt mengawal keseimbangan fizikal, tingkah laku aktif & keterlaluan
Tunjukkan kelakuan bongkak, ketawa tiba-tiba, takut & cemburu berlebihan
Gigit kuku, hisap jari, cederakan diri
Tidak kenal bahaya dan tidak rasa sakit
Gagap, sebut perkataan berulang-ulang, menangis dan marah tanpa sebab
Tidak mahu dipeluk
Tidak dapat sesuaikan diri dengan pelajar lain
Tidak ada kontek mata
Tidak mahu terima pelajaran biasa
j)Pintar / berbakat (gifted)
Terima pelajaran lebih cepat drp pelajar normal, ada kebolehan luar biasa (IQ lebih
120),daya ingatan kuat, fikir secara logik, fleksibel / meluas, inovatif & kreatif
Sering alami masalah sosial, tingkah laku dan emosi,kadang-kadang perkembangan
bahasa lambat, kata-kata keras, tanya bertalu-talu, bergaul dengan orang lebih tua
dan suka cari helah
Monday, 12 November 2012
ISU ALAM SEKITAR : Kesedaran semua pihak kunci utama pulihara alam sekitar
PENGGUNAAN pelbagai bahan yang sukar dilupuskan dalam kehidupan harian kita menyebabkan timbul masalah pencemaran dan pemuliharaan alam sekitar. Antara bahan itu, terutama plastik yang mengikut kajian mengambil masa bertahun-tahun, malah ratusan tahun untuk dilupuskan. Kaedah pelupusan bahan itu yang tidak sistematik menyebabkan alam sekitar semakin teruk tercemar.
Malah, keadaan menjadi lebih serius jika bahan itu bersama kandungan sampah sarap lain meresap ke dalam bumi dan boleh menyebabkan sumber air tercemar.
Penggunaan beg plastik secara berlebihan dan tidak terkawal turut menjadi punca utama sisa pepejal isi rumah di negara ini tidak dapat diuruskan dengan baik. Walaupun, pelbagai program dilaksanakan kerajaan, termasuk kitar semula namun ia kurang mendapat sambutan.
Justeru, antara langkah yang diambil berkuat kuasa kelmarin, iaitu memastikan semua pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan premis terpilih seluruh negara tidak lagi dibekalkan beg plastik percuma jika membeli-belah pada setiap Sabtu. Jika masih memerlukan beg plastik, pelanggan akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg digunakan. Langkah itu diambil selaras dengan kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Wang yang dikumpul menerusi caj dikenakan itu akan disimpan dalam dana khas bagi melaksanakan pelbagai program berkaitan kepenggunaan serta kemasyarakatan, terutama yang memberi fokus ke arah pemuliharaan alam sekitar. Justeru, kita amat berharap langkah itu mampu mengurangkan penggunaan beg plastik, sekali gus dapat memastikan alam kita terus terpelihara.
Apapun kita berpendapat langkah itu wajar diperluas iaitu menjadikan setiap hari sebagai hari tanpa beg plastik kerana impaknya juga menjadi lebih besar. Jika lebih ramai pengguna tidak menggunakan beg plastik atau mengharamkan terus penggunaannya ia pasti dapat mengatasi masalah pencemaran yang berlaku ketika ini.
Namun, pada masa yang sama, kita percaya penggunaan beg plastik semata-mata bukanlah masalah utama, tetapi cara pelupusan bahan berkenaan memberi impak kepada alam sekitar dan kepentingan manusia. Beg plastik akan menjadi ancaman jika tiada perancangan teliti mengenai pembuangan bahan berkenaan.
Kita percaya langkah itu hanya sebahagian kecil atau satu permulaan daripada usaha untuk mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal yang dihadapi negara ini sekarang. Kita khuatir caj 20 sen dikenakan mungkin tidak membawa sebarang makna kerana barangkali masih ramai pengguna yang sanggup membayarnya dan ia sama sekali tidak akan menyelesaikan masalah itu.
Orang ramai juga wajar digalakkan membawa beg sendiri atau diberikan alternatif oleh pihak pasar raya dengan disediakan beg kertas lebih mesra alam. Justeru, aspek lebih penting yang perlu ditekankan adalah meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pemuliharaan alam sekitar. Pelbagai langkah atau dasar yang dilaksanakan tidak akan berguna jika kesedaran orang ramai masih rendah.
Kita tentunya tidak mahu melihat beg plastik dan sampah lain dibuang di merata-rata tempat, mahupun ke dalam sungai sehingga menyebabkan sumber bekalan air terjejas. Kita mahu melihat semua pihak memainkan peranan masing-masing ke arah menjaga alam sekitar sama ada kerajaan, orang ramai khususnya pengguna dan peniaga. Kita mahu alam sekitar dalam keadaan terbaik untuk diwariskan pada generasi akan datang.
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Dicatat oleh Cikgu Taufiq di 2:32 PG
PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.
Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh Malaysia adalah seramai 2912, manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat sebanyak 28 buah sekolah rendah, iaitu lima(kanak-kanak buta), dan 23 (kanak-kanak pekak). Manakala bagi sekolah menengah rendah pula, terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu, satu (kanak-kanak buta) dan tiga (kanak-kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala gurunya pula adalah seramai 2587 orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
