Pages

Wednesday, 14 November 2012

PEMBENTUKAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


 PENGENALAN
•       Dibentuk bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas.
•       Satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan murid dan bagaimana keperluan itu dipenuhi.
•       Dibentuk oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa.
•       Mengandungi matlamat dan objektif, berdasarkan pencapaian sedia ada murid. Juga tarikh RPI dibina, jangkamasa yang diambil dan corak penilaian.
CIRI-CIRI RPI
•       Komprehensif
    - Merangkumi ketidakupayaan murid, termasuk    aspek komunikasi,
       tingkah laku, sosial pengurusan diri, akademik dan sebagainya.
•       Spesifik
    - Matlamat dan Objektif RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang
       dapat diperhati dan diukur.
•       Realistik dan sesuai
                  - Matlamat dan objektif yang dinyatakan juga sesuai 
                    dengan tahap dan pengetahuan sedia ada murid.
•       Difahami
                  - Menggunakan bahasa yang mudah difahami.
•       Dipersetujui
                  - Penyediaan borang persetujuan pembinaan RPI
                    antara guru dan ibu bapa.  Ditandatangani oleh ibu bapa.
PEMBENTUKAN RPI
•       Dibentuk kepada setiap murid pendidikan khas dalam tempoh 30 hari atau satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidak upayaannya.
•       Dibentuk sebelum murid mendapat penempatan sebenar @ sebelum murid diberi apa-apa perkhidmatan.
•       Semua RPI mesti disemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali tetapi boleh disemak dari semasa ke semasa apabila berlaku perubahan.
•       Perlu ada jawatankuasa RPI
        -  Jawatankuasa RPI terdiri daripada  :
           1.  Pengetua/Guru besar
           2.  GPK / Penyelaras
           3.  Guru MPV-Khas
           4.  Ibu bapa
        -  Bermesyuarat sebelum laksanakan RPI. 
CONTOH RPI


No comments:

Post a Comment